Wednesday, 20 November 2013

SKIM IKHLAS KOMPREHENSIF TAKAFUL


MENGAPA TAKAFUL IKLAS ?

  • Semua urusniaga berlandaskan prinsip-prinsip syariah, kesaksamaan dan keadilan.
  • Pampasan terhadap kematian biasa ataupun penyakit.
  • Pempasan terhadap kematian kemalangan
  • Pampasan terhadap Keilatan Kekal sepenuhnya yang berpunca daripada kemalangan atau biasa/penyakit
  • Faedah Pendapatan Harian Hospital apabila dimasukkan ke wad ( sekurang-kurangnya 3 Hari )
  • Perbelanjaan pengkebumian untuk anggota, pasangan dan anak-anak. ( maksimum 3 kematian ) dibayar serta merta setelah mendapat surat pengesahan kematian.
SYARAT KELAYAKAN.

  • Anggota dan pasangan berumur 18 TAHUN dan sehingga 54 TAHUN.
  • Anak berumur 3 minggu hingga 18 Tahun ( hingga 23tahun jika bawah tanggugan ibubapa )
  • Sumbangan pasangan tidak melebihi sumbangan anggota


Monday, 18 November 2013

Portal Rasmi 
Maktab Koperasi Malaysia.



Institusi yang menyediakan Latihan Pendidikan Koperasi Jangka pendek/panjang di Malaysia.

Fungsi MKM

Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 (Pindaan) 2011 [Akta A1398] telah memperuntukkan MKM sebagai sebuah institusi yang berfungsi untuk membangun dan mengembangkan latihan dan pendidikan koperasi di negara ini. Fungsi MKM ialah:

1. Menyediakan kursus pengajian koperasi dan bidang-bidang lain yang berkaitan dan menganugerahkan
    sijil atau diploma yang sesuai;
2. Menerbitkan atau membantu dalam penerbitan bahan yang berkaitan dengan koperasi atau perkara-
    perkara yang berkaitan dengannya;
3. Membuat kaedah sebagaimana yang perlu bagi mengatur dan mengawal bayaran bai mana-mana kursus
    pengajian sebagaimana yang difikirkan patut;
4. Menjalankan penyelidikan atas perkara berkaitan koperai;
5. Menyediakan khidmat konsultasi;
6. Menjalankan kursus, penyelidikan, khidmat nasihat dan perkhidmatan berteraskan ilmu atau bersama-
    sama secara bergabung secara usahasama atau selainnya dengan mana-mana institusi pengajian tinggi
    atau profesional atau mana-mana pertubuhan dalam dan luar negara; dan
7. Menasihati Menteri mengenai semua perkara-perkara yang berkaitan pembangunan modal insan koperasi



Lagu Negaraku & Lagu Kecemerlangan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysi...

Tuesday, 22 May 2012

KOPERASI KAKITANGAN KERAJAAN DAERAH KLUANG BHD





ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM YANG BERTUGAS DALAM DAERAH KLUANG
DIPELAWA MENJADI ANGGOTA KOPERASI INI DENGAN MENIKMATI FAEDAH

Kemudahan pinjaman yang boleh dinikmati :-

v  Pinjaman Peribadi (Biasa)          - RM 50,000.00 (Tempoh bayaran balik selama 12 tahun)
v  Pinjaman Kecemasan (Segera) - RM   3,000.00    (Tempoh bayaran balik selama 3 tahun)

Nikmati sumbangan daripada Tabung Kumpulan Wang Kebajikan Am seperti berikut:-

v  Sekiranya anggota meninggal dunia waris menerima                                     RM 1,000.00
v  Sumbangan bagi anggota yang menunaikan Haji/Umrah                                RM    500.00
v  Kematian Suami/Isteri Anggota                                                                     RM    500.00
v  Kematian Anak Anggota                                                                               RM    300.00
v  Anak Anggota yang cemerlang dalam peperiksaan PMR& SPM                    RM    150.00
v  Anggota yang telah mencapai umur 55 tahun                                                 RM    200.00



SYARAT-SYARAT MENJADI ANGGOTA

      Permohonan hanya terbuka kepada Kakitangan Kerajaan Daerah Kluang sahaja.
               
               * Warganegara Malaysia.
               * Berumur 18 tahun dan ke atas.
               * Bermastautin dan bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini.
               * Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar.
               * Salinan slip gaji tiga bulan yang terkini dan disahkan oleh Ketua Jabatan.
               * Salinan My Kad (Kad pengenalan) yang disahkan Oleh Ketua Jabatan.
               * Salinan My Kad (Kad pengenalan) suami / isteri / ibu / bapa / waris yang disahkan Oleh Ketua Jabatan.

IKRAR/PENGAKUAN MENJADI ANGGOTA
                
                 Sekiranya saya diterima menjadi anggota maka saya akan terikat dengan Undang-   Undang Kecil Koperasi ini dan Aturan-Aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan kepada Undang-Undang Kecil dan Aturan-Aturan tersebut yang dibuat dengan sah semasa tempoh menjadi anggota koperasi ini.
                 Saya juga bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan
                 Saya juga bukan seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar. Saya juga tidak pernah dibuang daipada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.